Saturday, November 19, 2011

ade satu kisah..

Assalamualaikum...
Kaifa haluka..?? haluki..??? *cewah..speaking arab plak..
pada hari sabtu, waktu petang, jam 5.00 petang, selepas sahaja solat Asar kat masjid Perda with the geng kondo blok A(bersame housemate)...terus masuk bilik dan on laptop...
dok2 on9 ade la termasuk web kisah2 yang orang kate boleh dijadikan sebagai teladan hidup...
ha !! yang ni la ...ce bace ce bace~



pe kebende la line kuning ni...ish3~
 



Berkat di sebalik membaca Bismillah.


"Ada seorang perempuan tua yang taat beragama,
tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan
kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.
Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah
setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia
hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan
Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya
dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya
berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah.
Sekejap-sekejap Bismillah."


Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa
kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada
suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti
akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia
memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata,
"Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan
di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah
melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan
senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan
mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.


Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil
isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku
berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian
isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan
diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri
tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca,
"Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar
malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan
menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.


Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan
mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika
itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah
Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak
memulakan sesuatu kerja." 




2 comments:

  1. moral yg saya dapat,mulakan bismillah ketika mahu melakukan sesuatu..berkat bismillah byk manfaat ^-^

    ReplyDelete