Wednesday, June 22, 2011

X baik tidur Waktu mAghrib...

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin.
Usin tersenyum memandang isterinya.
"Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut.
"Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.
"Yelah, yelah, ayah dah siap ni.
" Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja.
"Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni ye?"
"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang.
" Usin berkata kepada isterinya tercinta.
Perjalanan daripada KL ke Grik mengambil masa lebih kurang empat jam.
Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza.
"Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.
Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya.
Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok.
Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.
Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.
"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya.
"Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti."
"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang, Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya.
"Rileks Liza.tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.
"Haaa.. kan , tengok. Tak ada apa-apa kan ?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.
"Sudah la tu bang."
"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...."
Usin terus masuk gear 5, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.
Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan.... di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan.....
BAAANGGG!!!
"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya.
Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ.
"Mak, Usin di mana mak? Mana Liza mak? Macam mana dengan Liza mak? Farah, Adi.... mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya.
Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi.
Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.

Emaknya memandang Usin tepat-tepat.
"Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.
PANGGG!!! Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar.... ...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!! Sekian Sahaje…

Moral : Pandulah dengan berhati-hati walaupun di dalam mimpi.. Ingatlah orang tersayang...dan jangan tiduq pade waktu maghrib...x elok.. =)

tapi pemandangan senja kat tepi pantai memang cantik...tak tergambar dengan kate2..

cerite pendek Seorang Pemburu Dengan Seekor Singa



Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa. Terperanjat, dia tak sempat mengangkat senapangnya. Tiada pilihan, pemburu itu bertadah tangan dan berdoa. Ketika pemburu itu menjeling ke arah singa, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa.
Pemburu: “Ah leganya… singa baik rupanya. Lepaskanlah aku.”
Singa: “Ya… singa yang baik selalu baca doa sebelum makan, amiiinn…”



Mengumpat.....

Assalamualaikum and very good morning... (^___^)



Waktu nak mengusha-usha blog orang lain terbace plak entry dari seorang Hamba Allah ni...seronok plak dengar entry dia ni...hehe....ni bukan untuk korang sahaje tapi untuk diri saya sendiri. Boleh diambil sebagai pengajaran buat kita suma....Tajuknya...mengumpat...ce bace~ ce bace~(copy paste je pon..)




Ghibah (mengumpat) adalah salah satu perbuatan yang tercela dan memiliki kesan negatif yang cukup besar. Ghibah dapat mencerai-beraikan ikatan kasih sayang dan ukhuwah sesama manusia. Seseorang yang berbuat ghibah bererti dia telah menebarkan kedengkian dan kejahatan dalam masyarakat. Walaupun telah jelas besarnya bahaya ghibah, tapi masih banyak saja orang yang melakukannya dan menganggap remeh bahaya ghibah (mengum-pat/menggunjing).
Akan tetapi ternyata ada beberapa hal yang mengakibatkan seseorang diperbolehkan untuk mengumpat/menggunjing. Namun sebelum mengetahui kriteria masalah apa saja yang membolehkan seseorang untuk melakukan ghibah, ada baiknya kita mengetahui dahulu apa itu ghibah.




Definisi Ghibah

Definisi ghibah dapat kita lihat dalam hadits Rasulullah berikut ini:
“Ghibah ialah engkau menceritakan saudaramu tentang sesuatu yang ia benci.” Si penanya kembali bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah pendapatmu bila apa yang diceritakan itu benar ada padanya ?” Rasulullah  menjawab, “kalau memang benar ada padanya, itu ghibah namanya. Jika tidak benar, bererti engkau telah berbuat buhtan (mengada-ada).” (HR. Muslim, Tirmidzi, Abu Dawud, dan Ahmad).

Berdasarkan hadits di atas telah jelas bahawa definisi ghibah iaitu menceritakan tentang diri saudara kita sesuatu yang ia benci meskipun hal itu benar. Ini bererti kita menceritakan dan menyebarluaskan keburukan dan aib saudara kita kepada orang lain. Allah sangat membenci perbuatan ini dan mengibaratkan pelaku ghibah seperti seseorang yang memakan bangkai saudaranya sendiri. Allah S.w.t berfirman:

” Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” (QS. Al-Hujurat: 12)
..
Bentuk-bentuk Ghibah yang Diperbolehkan.

Imam Nawawi dalam kitab Syarah Shahih Muslim dan Riyadhu As-Shalihin, menyatakan bahawa ghibah hanya diperbolehkan untuk tujuan syara’ iaitu yang disebabkan oleh enam hal, iaitu:
1. Orang yang mazhlum (teraniaya) boleh menceritakan dan mengadukan kezaliman orang yang menzhaliminya kepada seorang penguasa atau hakim atau kepada orang yang berwenang memutuskan suatu perkara dalam rangka menuntut haknya.
Hal ini dijelaskan dalam Al-Qur’an surat An-Nisa ayat 148:
“Allah tidak menyukai ucapan buruk (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (QS. An-Nisa’ : 148).
Ayat ini menjelaskan bahawa orang yang teraniaya boleh menceritakan keburukan perbuatan orang yang menzhaliminya kepada khalayak ramai. Bahkan jika ia menceritakannya kepada seseorang yang mempunyai kekuasaan, kekuatan, dan wewenang untuk menegakkan amar ma’ruf nahi munkar, seperti seorang pemimpin atau hakim, dengan tujuan mengharapkan bantuan atau keadilan, maka sudah jelas boleh hukumnya.
Tetapi walaupun kita boleh mengghibah orang yang menzhalimi kita, pemberian maaf atau menyembunyikan suatu keburukan adalah lebih baik. Hal ini ditegaskan pada ayat berikutnya, iaitu Surat An-Nisa ayat 149:
“Jika kamu menyatakan kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa.” (QS. An-Nisa: 149)

2. Meminta bantuan untuk menyingkirkan kemungkaran dan agar orang yang berbuat maksiat kembali ke jalan yang benar. Pembolehan ini dalam rangka isti’anah (minta tolong) untuk mencegah kemungkaran dan mengembalikan orang yang bermaksiat ke jalan yang hak. Selain itu ini juga merupakan kewajiban manusia untuk ber-amar ma’ruf nahi munkar. Setiap muslim harus saling bahu membahu menegakkan kebenaran dan meluruskan jalan orang-orang yang menyimpang dari hukum-hukum Allah, hingga nyata garis perbedaan antara yang haq dan yang bathil.

3. Istifta’ (meminta fatwa) akan sesuatu hal.
Walaupun kita diperbolehkan menceritakan keburukan seseorang untuk meminta fatwa, untuk lebih berhati-hati, ada baiknya kita hanya menyebutkan keburukan orang lain sesuai yang ingin kita adukan, tidak lebih.

4. Memperingatkan kaum muslimin dari beberapa kejahatan seperti:

a. Apabila ada perawi, saksi, atau pengarang yang cacat sifat atau kelakuannya, menurut ijma’ ulama kita boleh bahkan wajib memberitahukannya kepada kaum muslimin. Hal ini dilakukan untuk memelihara kebersihan syariat. Ghibah dengan tujuan seperti ini jelas diperbolehkan, bahkan diwajibkan untuk menjaga kesucian hadits. Apalagi hadits merupakan sumber hukum kedua bagi kaum muslimin setelah Al-Qur’an.

b. Apabila kita melihat seseorang membeli barang yang cacat atau membeli budak (untuk masa sekarang bisa dianalogikan dengan mencari seorang pembantu rumah tangga) yang pencuri, peminum, dan sejenisnya, sedangkan si pembelinya tidak mengetahui. Ini dilakukan untuk memberi nasihat atau mencegah kejahatan terhadap saudara kita, bukan untuk menyakiti salah satu pihak.

c. Apabila kita melihat seorang penuntut ilmu agama belajar kepada seseorang yang fasik atau ahli bid’ah dan kita khawatir terhadap bahaya yang akan menimpanya. Maka kita wajib menasihati dengan cara menjelaskan sifat dan keadaan guru tersebut dengan tujuan untuk kebaikan semata.

5. Menceritakan kepada khalayak tentang seseorang yang berbuat fasik atau bid’ah seperti, minum-minuman keras, menyita harta orang secara paksa, memungut pajak liar atau perkara-perkara bathil lainnya. Ketika menceritakan keburukan itu kita tidak boleh menambah-nambahinya dan sepanjang niat kita dalam melakukan hal itu hanya untuk kebaikan.

6. Bila seseorang telah dikenal dengan julukan si pincang, si pendek, si bisu, si buta, atau sebagainya, maka kita boleh memanggilnya dengan julukan di atas agar orang lain langsung mengerti.

Tetapi jika tujuannya untuk menghina, maka haram hukumnya. Jika ia mempunyai nama lain yang lebih baik, maka lebih baik memanggilnya dengan nama lain tersebut. 
Wallahu a’lam bishshawab

Sunday, June 19, 2011

Macam artis Korea..?? eyh..!! Ye kew..????

Assalamualaikum....

diwaktu tengah2 malam begini terdetik pulak rasenye nak ber'pot pet pot pet' kat blog ni. Peristiwa yang tak dapat dilupakan iaitu hari Ahad.. Waktu : lepas Asar..masih segar dalam ingatan. Waktu tu teringin jew rase nak ringankan kepala ni. Maklumla rambut mase tu dah tahap gaban jew orang tengok. Sudah tibe masenye untuk memotong rambut yang sekian lama memanjang X henti2. Setibanya saya kat kedai gunting rambut..( pe name ntah kedai tu)..adelah beberape orang pelanggan yang duduk kat situ menunggu giliran masing2...usha2 sket kebanyakkannye budak2 bawah umur (*maksudnya bawah 18 tahun) yang tunggu bersama-sama parent diorang  tuk gunting rambut. Maklumla kan...esok diorang nak sekolah..kenela rambut pendek..kalau tak kene tangkap ngan pengawas..pastu tulis nama atas akta kesalahan "RAMBUT PANJANG".aih..apsal la diorang xnak gunting rambut mase cuti sekolah aritu? ish3~...(hang pun same je...baru skunk nk gunting) Saya pon dengan muke 'blur' dudukla kat kerusi kosong yang disediakan tuk pelanggan kedai tersebut. Pastu, bile tengok balik kat depan tu...ade sorang je tukang gunting kat situ..adess...apsala sorang je yang duk gunting..mne yang lain?..cuti ke ape..?sorang je yang gunting dah berapa minit...dekat doploh minit gakla...huhu..xpa2 ..abaikan yang tu..



 ykew..?? cam korea???

Hampir satu jam nunggu giliran akhirnya sampaila giliran saya tuk digunting rambut..lpas duduk je kat tmpat duduk tu..mamat tu pun kate "nak gunting macamna??" ..belum sempat  saya mengeluarkan kata2..mamat tu 'interupt' balik.."woah!! rambut abang dah macam artis korea la bang"....saya pon tersentap dan terdiam kejap............................pastu saya pun bersuara "eyh..!! ykew???" dengan penuh sopan sye bersuara....mamat tu pon bersuara lagi.."YE BANG..BETUL BANG...HAHA"...sye pun duk gelakla...tpi kejap je gelak...maleh nk gelak banyak2...x lawok pon...pastu tanpa buang mase sye pon gtau kat mamat tu suh potong pendek jew...ala2 skema gitu...ZIP! ZAP! ZIP ! ZAP!..siap...lepas siap je..mamat tu bersuara semula.."BANG...KALI NI BUKAN MACAM KOREA DA..." pastu dengan kelajuan kereta kuda yang sye ade sye trus 'interupt'..."HA' AHLA...BUKAN MACAM KOREA DA...DAH MACAM ARTIS MEXICO SKEMA YANG DUK TIGHT IN BAJU KAT DALAM...HAHAHA"..mamat tu pn ketawa besaq...lebih2 tu...huhu...xpela...sekali sekala wat lawok ngan mamat tu...bukan selalu...


aih..macamnila gayonyer....

Tanpa buang mase...selup kocek amek dompet....bagi duit kat mamat tu.."TQ"...."WC"....start motor balek~


sekian...tamat.....



Saturday, June 18, 2011

dulu2 dan sekarang....

Assalamualaikum....

Di waktu tengah hari ini terase pulak nak meng'update blog pelik nih....hari ni cuma nak berkongsi pasal kehidupan dulu sam.............paila sekarang.



gambar diatas ni sewaktu berasa di alam persekolahan. Waktu ni umur berape ntah. Form satu kalau x silap..tu saya..tu..tingkat yang ketiga belah kiri hujung nombor dua..yang lelaki tu...nampak x...??? kalau x nampak tu buat2 la nampak ok..

Ha...gambar yang ni pula mase saye sekolah  kat sekolah teknik dulu. Tu saye kat tingkat tiga (*tingkat 3 lagi..)..dari kanan nombor dua..


1.2.......and..........KEJUU...!!!!!!
gambar kat atas ni plak....waktu study kat PSP...hingga sekarang..ni gambar mase sem 1..tu saya..yang kat bawah tu..duk buat ape xtaula...  -___-"

..gambar2 mase kat sekolah tu buruk sket..x berape nk jelas..



Monday, June 13, 2011

Mirwana - Raudhah (1996)

Assalamualaikum..

e..e....ape tu..??

Tadi duk search2 lagu kt youtube.. tengok2 je ade lagu ni. Teringat pulak mase sekolah rendah dulu. Lagu mase ade pertandingan nasyid dekat sekolah rendah agama. Darjah berape ntah..lupe plak. Mase ni kumpulan saya nyanyi lagu ni la. Tengok2 jew.... dapat tempat ketiga.....xpela..memang layak pun dapat nombor tiga coz mase nyanyi tu xde gerak geri langsung...duk berdiri camtu je sambil nyanyi. ustazah2 yang jadi juri pon duk terdiam je ngan persembahan kami. Ingatkan terpegun ke....rupenye diorang xtau nak kate pe..memang selamber je nyanyi mase tu. Kumpulan lain plak mcm2 gaye ade. Tu yang dapat nombor 3 tu. Ape2 pon, lagu ni memang terbaik~ 

ce dengar~ce dengar~


                        

Revolusi Masa - Jam Tawaf HPA

Assalamualaikum.....^__^

Hari ini saya mahu berkongsi pasal bende yang best...tengok kat bawah ni...

tu dia....jam tawaf jenama HPA

Jam tawaf ni ia nampak biase, tetapi unik dan lebih Islamik. Ia x sama dengan jam2 yang ade sekarang ni. Biasanya kita selalu tengok jam berputar dari kanan ke kiri. Tetapi jam tawaf ni Ia berputar mengikut arah lawan jam. Iaitu dari kiri ke kanan. Berputar mengikut arah putaran planet bumi.



             


Antara ciri2 jam tangan ini:
1. Pusingan arah ke kanan (anti-clockwise)
2. Angka-angka ganjil (Allah SWT menyukai yang ganjil)
3. Boleh digunakan semasa mengambil wudhu’
4. Kalis air sedalam 30 meter
5. Enjin pergerakan jam adalah dari pembuat jam jepun yang bereputasi tinggi
6. Warna jarum saat hijau sempena warna rasmi HPA
7. Logo HPA terdapat di muka hadapan dan di belakang jam
8. Mempunyai 2 jenis/saiz jam untuk lelaki dan wanita (saiz lebih kecil)
Nampak macam best je kan. Rase nak beli satu je..tpi....NO money NO talk..Orait...sampai disini saje. sekian, WASSALAM.

Sunday, June 12, 2011

Atas Nama Cinta - UNIC


Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya


Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya


Saturday, June 11, 2011

Mencari yang Maha Satu - UNIC


                
Terkapai-kapai diri dihanyut arus waktu
Kegelapan hati yang sering buat ku keliru
Dalam menguji pergolakkan emosi diri
Tak siapa tahu ada yang memerhati

(Mencari yang Maha Satu itu yang ku tuju)

Di dalam menjalani tiap dugaan yang diberi
Membawa pengertian hidup yang abadi
Tanpa perlu menipu diri sendiri
Yang menjadi lumrah duniawi

Seandainya kau yang memberi ruang
Akan ku baiki setiap kekurangan
Oleh itu diri yang memerlukan
Petunjuk darimu oh Ilahi

(Kau yang Maha Satu)

Diriku kini masih tercari-cari
Jawapan di setiap persoalan ini
Ku akui kesalahan yang buat segalanya
Gelap jadinya ku terima seadanya

(rap)
Ku cari terus ke situ
Itulah petunjuk hidupku
Terangilah gelap hatiku
Ku pohon restu dariMU

Akan ku baiki setiap kekurangan
Oleh itu diri yang memerlukan
Petunjuk darimu oh Ilahi

(Kau Yang Maha Satu)

Apabila tersilap langkahku
Tiba-tiba berbisik namaMu oh Ilahi
Terdetik di hatiku untuk sujud ke pangkuanMu
Memohon ampun dariMu

Tak seharusnya ku tergoda lagi
Dunia ini yang sesat membuntuhkan jiwaku
Kini ku mengakui keagunganMu
Yang membuat ku sedar siapa diriku ini

U.N.I.C.C.A.T

Tak semua lahir sempurna,
tak semua lurus jalannya,
bermulalah cerita dan dijadikan cerita
Dengan izin Yang Maha yang Esa
wujud aku cinta dan cita
Segala yang ada bermula dari maha Esa

Aku akui ada langkah serongku
taklah hasratku setajam itu
Yang amat ku risau lidah mudah di banjari
Fitnah melilau-lilau
Tuhan lindungilah dia dari kata jahatnya itu
Doa-doa di pohon sentiasa setiap masa
Ampunilah dosa-dosa semasa laluanku ke sana
Dewasakanlah pemikiranku yang tak semegah mana
Salah silap ku berkarya tak pernah ku salah guna
Kau Yang Maha Satu (4x)

Friday, June 10, 2011

KucinG oH kuCing

Assalamualaikum and very good night....erh morning too..(wah speaking tu..)

Wah...malam yang sunyi ni xtau la kenape rase macam rajin je nak menaip n meng'update' kat blog nih...mungkin sebab buang tebiat..??? Xpon sambut tebiat???erh...ntahla ..pape jewla...

ok la..berbalek tajuk kita pada malam hari ini...tajuknye ialah Kucing...ala..kucing yang ade 4 kaki 2 telinga 1 ekor tu......HA???KUCING???KENAPE KUCING???kenape bukan haiwan lain....kude ke...arnab ke...ikan ke...ni kucing pulak yang jadi bahan....kesian kat kucing...sebab ape kucing..???haha....sebab...menurut lagenda cerite2 zaman dulu...*zaman mane ntah kucing ni mempunyai 9 nyawa....HA??SEMBILAN???BIAQ BetuL??? Dengan penuh semangat saya pon teringin nak tau..

            HEHE...WA ADA SEMBILAN NYAWA MA..JANGAN JELES


ape betulkah kucing yang suke duk makan ikan ni ade 9 nyawa..???? terase macam nak try je wat kt kucing..hehe..*rase je tpi x wat pon..sebenaqnye..itu sume DUSTA semata-mata. Itu cuma gelaran yang diberikan untuk kucing. Kenapa kucing diberi gelaran sebegitu?? Menurut sumber, kalau kucing ni terjatuh dari tingkat berapa2 pon dye tetap masih hidup. Tapi mungkin ade sedikit cedera kan. Manela tau. Mungkin sebab kucing ni tahan lasak ke..fleksibel kot..Sebab tu la kucing diberi gelaran sedemikian rupa.

          LAA...GELARAN JE KEW..BARU NAK TRY TERJUN KLCC

Bila difikirkan balik, memang tak logik akal pon kucing ade sembilan roh satu jasad. Mereka sama saje dengan haiwan2 yang lain. Ciptaan Yang Maha Esa...kan2?..
okla sampai disini sahajala ceritera kita pada hari ini..yang baik datang dari Allah..yang buruk datang dari kelemahan saya sendiri..sekian Wassalam...(^___^)

Thursday, June 09, 2011

Tibe Masenye....

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

hari ini saya amatlah terlalu rajin untuk meng'update' blog ni.over..hal ini kerana saya dan keluarga saya baru sahaja menikmati keindahan alam flora dan fauna dengan berkelah ditepi sungai. Ianya terletak di Ulu Yam, Selangor.PERGH!! DAH MACAM KARANGAN DA.....ADUIH...Berbalik tajuk di atas...anda sume tahu maksudnye..???xtau??sye pon xtau...haha..Sudah tibe masenye untuk buat report bagi pelajar2 praktikal. Afiq ni punye la malas nak buat report. Last2 minute baru nak buat. Dah la panjang lebar depa nak.padan muka ko fiq...


                                                                     


Oleh hal demikian, sepanjang bulan ni...duk menghadapla laptop 24jam tanpe henti..dok mencari itu...cari ini kt ternet sampai lebam...eh ..lebam ape???? okla sampai disana disitu sahaja tajuk kite pada ari ini...sekian Wssalam...