1. Sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah s.w.t.
pinjamkan. Biasanya kalau tak bersyukur nanti ada rasa tak puas hati
tengok kejayaan orang lain.
2. Selalulah melakukan amal soleh dan membantu orang yang
memerlukan. Biasanya kalau tak beramal soleh nanti maksiat pula yang
dating dekat kita.
3. Perlu ingat setiap masa bahawa rasa dengki itu akan merosakkan
amal kebajikkan. Biasanya kalau tak ingat begitu nanti kita lebih suka
buat maksiat daripada amal kebajikkan.
4. Tekun dan berusaha mencari rezeki yang halal. Biasanya kalau
kita berusaha untuk sesuatu yang haram nanti kita terjerumus ke lembah
hina.
5. Berbaik sangka terhadap orang lain dalam setiap tindakkan.
Biasanya kalau kita berburuk sangka nanti orang lain akan menjauhi kita.
6. Selalulah mengikat silaturahim dan saling bantu-menbatu antara
satu sama lain. Biasanya kalau tidak berbuat begitu nanti tiada siapa
yang mahu berkawan dengan kita.
7. Sentiasa menjaga perkataan dan perbuatan daripada menyinggung
perasaan orang lain. Biasanya kalau kita bersikap kasar nanti kita akan
hilang kawan dan saudara mara.
No comments:
Post a Comment