Sunday, February 19, 2012
Friday, February 10, 2012
Tanyalah Ustaz Azhar Idrus
1. Apakah Hukum
sambut countdown...?
UAI:"countdown tu mende"...??
Zizan:
!@#$*...emm.."count tu, kire..down tu, bawah...2011 ke 2012.."
UAI:
"count up la gitu..11 ke 12...."
zizan: !@#*.... =)
--> Kata
ulama' countdown bukan perayaan...ianya jatuh haram mengikut
cara(perbuatan) kite...jatuh haram sekiranya sambut dengan buat
maksiat,mnum arak,judi,ambil dadah,dll....
2. Apakah hukum main
bunga api...?
--> Ulama'2 sepakat menyatakan setiap perbuatan
yang ada membazir = tidak harus...samada makruh @ haram.. Jika beli
sedikit mercun kemudian bakar,makruh kerana membazir sedikit duit..
sekiranya membazir berlebihan jadi Haram.. contohnye beli sampai
beratus2,beribu2 ringgit...kalau bunga api untuk sambutan tahun baru
terang2 haram kerana ambil duit rakyat beratus2 ribu ringgit, pembaziran
yg nyata...
3. Pandu kereta sorang2 pd pukul 3pagi...smpai kt
lampu isyarat,lampu merah..boleh tak nk teruskan kerana tiada kenderaan
lain ketika itu,jalan sunyi...
--> Peraturan kerajan buat bg
menyelesaikan maslahatan rkyt..lampu isyarat dicipta untuk jln yg
sibuk/sesak.. dlm jln kmpung ade lampu isyarat x?tiada sbb jln kampung
xsibuk... Boleh jalan,jika yakin tiada kenderaan lain ketika
itu(dari arah kiri,kanan,depan) dan yakin tiada mudarat kpd org
lain..peraturan mnusia boleh ditukar mengikut keadaan..tetapi Undang2
ALLAH(Quran),tak boleh diubah sampai bile2...
4. Betul ke alat
muzik tu najis..?? UAI: "Betul.....sekiranya ada tahi ayam pada alat
muzik itu"....=)
--> Najis ialah benda yg keluar dari kemaluan...
kalau binatang,anjing & babi..haiwan mati(bangkai) juga najis..
Jika main alat muzik sampai lalai,tu yg jd haram... bunyi2-an ni
dibenarkan... dalilnya, dalam kitab2 bab Nikmat
Syurga = Allah ada
sediakan bunyi2-an didalam syurga nanti...
5. "Isteri kena
hiburkan suami dirumah...kalau suara isteri xsedap kena nyanyi jugak
ke...?" =)
--> Tujuan hiburkan suami untuk mengeratkan ksh syg
dlm rmh tgga... hiburkan suami bukan dgn nyanyi je.. mcm2 cara
boleh...isteri hiburan suami dr hujung rambut smpai hujung kaki.. dgn
cara ckp boleh hiburkan suami..
cara berjalan...ni tidak,bile kt
opis berjalan "catwalk"..dlm rumah plak "elephantwalk"...=) cara layanan
juga hiburkan hati suami...dll...
6. Hiburan itu haram sebab
melalaikan...ape pendapat ustaz...
--> Manusia mmg suke kpd
permainan & hiburan.. Islam bukan agama menghalang(semuanya haram)
tetapi agama mendidik..hiburan dibenarkan cume kite yg xpandai jaga diri
(lalai dr perkara wajib,mabuk,maksiat)...tu yg
jd haram tu..Boleh
hiburkan diri sekejap setelah penat kerja @ beribadah.. boleh bermain
supaya xbosan..Allah juga hendakkan supaya hamba2nya sihat n cergas
untuk melakukan kerja n kewajipan2 lain..niat dlm hati, hiburan kerana
Allah...
7. "Saya tgk vcd kuliah Ustaz...ustaz kate,perempuan
xwajib pakai tudung..lepas tu vcd lekat..xleh nk tgk ayat
seterusnya"...=) betul ke perempuan xwajib pkai tudung...??
-->
Betul perempuan xwajib pakai tudung...yg WAJIB ADALAH TUTUP SELURUH
AURAT... aurat ialah apa2 bhgian pd anggota bdn yg tidak boleh dilihat
oleh lelaki yg bukan mahram.. kalau pkai tudung tp nmpk jugak rmbut kat
dalam(tudung nipis bayang) haram jgk...kalau pkai tudung tp rambut
keluar(jambul) haram jgk..
pakai tudung tp pkai baju lengan
pendek,haram jgk...pakai tudung singkat,haram jugak..jd tutuplah
aurat..WAJIB..faham molek..
8. Masa duduk tahiyat awal, anak
datang duduk atas peha...batal tak..?
UAI:"Batal...sekiranya si ayah
terkentut"...=)
--> Tak batal sebenarnye..kecuali jika si anak
itu dalam keadaan bernajis... dalilnya, pernah satu ketika Rasulullah
sedang sujud,cucu baginda iaitu saidina hussin tibe2 naik atas belakang
baginda..baginda sujud lama2..tidak terus
bangun kerana fikirkan
cucunya xpuas lg bermain dan juga bimbang sekiranya saidina hussin
terjatuh jika baginda bangun...dalam solat,boleh meraikan kanak2...
9. "Babpe (sebab ape/kenapa) ustaz tak berpasangan ngan zizan masuk
raja lawak...?"
--> Ustaz mengajar untuk tarik minat orang
muda..kalau mengajar lurus mendata(straight) aje, orang muda xberapa
suke...datang 2,3kali pastu xdtg dh sbb bosan...kena pelbagaikan cara..
Alhamdulillah,orang muda
datang kuliah...yang xsuke datang
kuliah,jadi suke datang kuliah...kite nk hasilnye....
10. "Saya
suka tengok cerite hantu...sampai takut nk gi ke dapur waktu
malam..isteri saya lagi la takut..." =)
Apa hukum tengok cerite
hantu...?
--> Sengaja tengok suatu bende yang buat kite
takut,tetapi bende takut tu xdk faedah = Makruh... Kalau tengok suatu
benda yg membawa takut kepada Akhirat(ALLAH),contohnya tengok orang mati
= Sunat...
Jika takut pada bende yang hanya lakonan(filem/drama)..?
= maknenye kite 'tak sihat'...=)
11. "Saya nak derma tabung
masjid rm10..tetapi terambil duit rm50 dan termasuk ke dlm tabung
masjid..boleh tak saya nak mitak balik(baki)...?" =)
--> Boleh
mitak balik...dengan syarat kena bersumpah dulu...jika imam x yakin
dengan dia,imam xwajib bagi... fikirkan hikmah...mungkin Allah nk bg
ganjaran yg besar pd kite...redha aje lah...
12. "Kenapa wanita
suka berbelanja..isteri saya janji, sekali ni je-sekali ni je,tp beli
jgk"....=)
--> wanita mcm bdk2...suke membeli..contohnye
bdk2,pantang tgk mainan terus je nk,padahal mainan dh byk kt umah...mcm
juga wanita, padahal baju,kasut byk dlm almari yg xpkai lg..nk beli
lg..wanita mmg suke tgk benda yg cantik.. memang tugas
suami cari
duit, isteri habiskan duit..kalau bukan isteri yg habiskan duit, siapa
lg...kalau bkn isteri,siapa lg yg nk beli periuk,kuali,dll...suami jgn
marah..isteri besar jasanya..tlg beranakkan anak, jaga anak2, tlg basuh
bju kite,tlg msak,kemaskan umah,dll...
13. "Saya rajin
berkerja,taat perintah agama,solat xtinggal...boleh tak nk jd menantu
ustaz..?"....=)
-->Boleh...dlm hadis pon nabi berpesan,jika ada
seorang lelaki yg beragama dtg meminta anakmu,maka segerakanlah
menerimanya... nabi tak syaratkan mengambil menantu yang PANDAI AGAMA (
ulama,ustaz,al- hafiz)...tetapi cukuplah yg JAGA AGAMA(bersolat
5waktu,berpuasa penuh,dll)...
14. Apakah hukumnya mengambil
wudhu' dalam keadaan bogel..?
--> "Ulama' sepakat menyatakan
HARAM mengambil wudhu' berbogel....di khalayak ramai"...=) Jika didalam
bilik air rumah hukumnya makruh...
Thursday, February 09, 2012
Ubat Penyakit Dengki
1. Sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah s.w.t.
pinjamkan. Biasanya kalau tak bersyukur nanti ada rasa tak puas hati
tengok kejayaan orang lain.
2. Selalulah melakukan amal soleh dan membantu orang yang memerlukan. Biasanya kalau tak beramal soleh nanti maksiat pula yang dating dekat kita.
3. Perlu ingat setiap masa bahawa rasa dengki itu akan merosakkan amal kebajikkan. Biasanya kalau tak ingat begitu nanti kita lebih suka buat maksiat daripada amal kebajikkan.
4. Tekun dan berusaha mencari rezeki yang halal. Biasanya kalau kita berusaha untuk sesuatu yang haram nanti kita terjerumus ke lembah hina.
5. Berbaik sangka terhadap orang lain dalam setiap tindakkan. Biasanya kalau kita berburuk sangka nanti orang lain akan menjauhi kita.
6. Selalulah mengikat silaturahim dan saling bantu-menbatu antara satu sama lain. Biasanya kalau tidak berbuat begitu nanti tiada siapa yang mahu berkawan dengan kita.
7. Sentiasa menjaga perkataan dan perbuatan daripada menyinggung perasaan orang lain. Biasanya kalau kita bersikap kasar nanti kita akan hilang kawan dan saudara mara.
2. Selalulah melakukan amal soleh dan membantu orang yang memerlukan. Biasanya kalau tak beramal soleh nanti maksiat pula yang dating dekat kita.
3. Perlu ingat setiap masa bahawa rasa dengki itu akan merosakkan amal kebajikkan. Biasanya kalau tak ingat begitu nanti kita lebih suka buat maksiat daripada amal kebajikkan.
4. Tekun dan berusaha mencari rezeki yang halal. Biasanya kalau kita berusaha untuk sesuatu yang haram nanti kita terjerumus ke lembah hina.
5. Berbaik sangka terhadap orang lain dalam setiap tindakkan. Biasanya kalau kita berburuk sangka nanti orang lain akan menjauhi kita.
6. Selalulah mengikat silaturahim dan saling bantu-menbatu antara satu sama lain. Biasanya kalau tidak berbuat begitu nanti tiada siapa yang mahu berkawan dengan kita.
7. Sentiasa menjaga perkataan dan perbuatan daripada menyinggung perasaan orang lain. Biasanya kalau kita bersikap kasar nanti kita akan hilang kawan dan saudara mara.
Doa pada hari Jumaat
KONGSIKAN!
Doa pada hari Jumaat
Dengan
nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Ya
Allah, sampaikan selawat kepada Rasulullah SAW dan Keluarganya serta
Sahabat Sahabat Baginda.
Segala
puji bagi Allah, Yang Awal sebelum penciptaan dan penghidupan,Yang
Akhir setelah punah semua,Yang Maha Tahu,Yang Tak Melupakan orang yang
mengingatNya,
Yang
Tidak Merugikan orang yang mensyukuriNya, Yang Tidak Mengecewakan orang
yang memohon padaNya, Yang Tidak Memutuskan harap orang yang
mengharapNya.
Ya
Allah Aku mintakan kesaksianMu dan cukuplah Engkau sebagai saksi, Aku
mintakan kesaksian seluruh malaikat-Mu penghuni langit-Mu dan pemikul
arasy-Mu serta yang Kau bangkitkan sebagai nabi dan rasul-Mu dan yang
Kau ciptakan dari berbagai makhluk-Mu,
Aku
bersaksi, sesungguhnya Engkau Allah, tiada Tuhan kecuali Engkau,
Tunggal Tak Berserikat dan Tak Bertara, Firman-Mu tak berubah tak
berganti dan sesungguhnya Muhammad SAW hamba-Mu dan Rasul-Mu, ia penuhi
apa yang Kau bebankan padanya untuk semua hamba, ia berjihad di jalan
Allah dengan jihad yang sebenarnya, ia memberi kabar gembira tentang
pahala yang sejati, ia mengancam dengan siksa yang sesungguhnya.
Ya
Allah Teguhkan aku pada agama-Mu selama Kau hidupkan aku, Janganlah
gelincirkan hatiku setelah Engkau tunjuki aku, Kaurniakan padaku rakhmat
dari sisiMu, Sungguh, Engkaulah Maha Pemberi.
Sampaikan
Selawat kepada Muhammad SAW dan keluarga Serta Sahabat Sahabat Baginda.
Jadikanlah
aku dari pengikut dan golongannya.
Kumpulkan
aku pada kelompoknya.
Bimbinglah
aku untuk melaksanakan kewajiban Jum’at, yang Kau wajibkan atasku untuk
aku taati dan Kau bagikan kurnia pada hari pembalasan pada orang yang
layak menerimanya. Sungguh, Engkaulah Yang Maha Gagah dan Maha Bijaksana
Ameen
Ya Rabbal Alamin.
Tuesday, February 07, 2012
MENGUAP PUN DAPAT GANJARAN PAHALA
Apakah yang dimaksudkan dengan menguap ( tatha’ub) ?. Menguap bererti layu dan malas. Menguap terjadi kerana kerana minimumnya oksigen dalam tubuh. Biasanya, orang menguap apabila tubuh letih, malas, bosan atau mengantuk. Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya: “Menguap itu daripada syaitan. Oleh itu jika menguap, tahanlah sedaya yang mungkin. Sebab jika orang menguap hingga terucap ‘haa’, syaitan tertawa menyaksikannya.” ( HADIS RIWAYAT BUKHARI ) Syaitan menyukai orang yang tidak menutup mulut ketika menguap. Di samping itu, virus akan keluar dari mulut dan seterusnya boleh menyebabkan penyakit. Ulama menganjurkan kita, jangan membuka mulut apabila menguap dan terus membaca A'uzubillahiminasyaitanirrajim Bismillahirahmanirrahim supaya tidak ditertawakan syaitan. Syaitan menyukai sifat malas dan dungu, sedangkan agama menganjurkan umatnya untuk giat bekerja lagi beramal.
INSYAALLAH ^___^
tengok tu..kucing pon bleyh menguap
tu dia..mengantuk tahap gaban da..
Subscribe to:
Posts (Atom)